Sunday, April 29, 2012

Tuala Wanita dan Haid

Tahukah anda?
 
Risiko wanita berumur dijangkiti penyakit faraj adalah setinggi 83% 

 
  • Dimana 62% daripadanya adalah disebabkan penggunaan tuala wanita berkualiti rendah
  • Secara purata, seorang wanita memerlukan 3 hingga 6 hari sebulan bagi merawat jangkitan faraj
  • Jika seorang wanita mula mendapat jangkitan faraj pada usia 20 tahun, beliau akan menghabiskan masa selama 6 tahun dalam seumur hidupanya untukmendapatkan rawatan.
  • Tuala wanita yang berkualiti akan menghalang pelbagai penyakit yang berkaitan wanita sementara tuala yang berkualiti rendah boleh menyebabkan pelbagai jangkitan. Pada 2005, National Quality Control Department Negeri China menjalankan kajian terhadap tuala wanita di pasaran dan mendapati antara 56.7 peratus daripada pelbagai jenama tidak mencapai standard yang sepatutnya.
  • Kebanyakan produk di pasaran menggunakan kertas kitar semula. Bahan mentah ini mengandungi plumbum yang tinggi, dijangkiti virus dan mikroorganisme semasa proses kitar semula dilakukan. Kesemua bahan ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna.
  • Dari segi kesihatan, kulit manusia mengandungi nilai pH yang mengandungi fungsi imuniti. Tuala wanita yang banyak di prasarana sebenarnya mengandungi alkali yang tinggi yang akan menyebabkan alahan kulit, menyebabkan kondisi psikologi yang akan menyebabkan wanita menjadi kurang subur.
  • Kandungan pengenalan: Tuala wanita yang dipamerkan biasanya dibungkus menggunakan plastik dan jika dibuka ia tidak boleh ditutup semula. Keadaan ini turut berlaku semasa proses pembungkusan di kilang di mana ia mudah tersentuh oleh tangan para pekerja dan ini boleh menyebabkan jangkitan

Bagaimana memilih tuala wanita yang betul?
  • Semasa haid kulit wanita pada bahagian faraj cukup sensitif. Kajian telah membuktikan bahawa 73 peratus wanita mengalami kegatalan pada bahagian sulitnya. Keadaan ini terjadi kerana sering menggunakan tuala wanita yang tak serap udara - biasanya ia diperbuat dengan tiga lapisan – lapisan permukaan, lapisan serapan dan lapisan bawah. Ingatlah pemilihan tuala yang betul sangat perlu.
  • Lapisan pertama tuala wanita bermutu tinggi sepatutnya mengandungi kapas dengan bahan serapan bagi mengelak kulit basah. Lapisan tengah mestilah memiliki bahan serap yang kuat agar cecair tidak mengalir keluar bagi mengelak rasa melekit. Ketiga, lapisan bawah mestilah serap udara. Keadaan ini akan menyebabkan bahagian yang lembab menjadi kering menyebabkan kulit tidak terjejas dan keadaan menjadi selesa. 


Menukar tuala wanita mengelakkan masalah. 
  • Berdasarkan keadaan fizikal istimewa seseorang wanita, tuala yang diguna menjadi rakan yang menyenangkan. Ingatlah jangan menggunakannya terlalu lama, elok ditukar dua jam sekali. Permukaan lapisan pertama mungkin tercemar jika tidak ditukar dalam tempoh lama dan menurut kajian bilangan bakteria bertambah 107 kali pada setiap padu sentimeter. 
  • Antara penyakit yang sering menyerang wanita tatakala haid ialah demam, rasa gatal pada alat sulit, celah kangkang, paha, menjejaskan pundi kencing dan boleh berlakunya jangkitan pada saluran kencing. Keadaan ini jika dibiarkan boleh menyebabkan seseorang diserang pelbagai penyakit serius yang lain.

Kesilapan yang biasa dilakukan semasa didatangi haid
  • Tidak membasuh tangan dengan betul semasa memakai tuala wanita. Semasa menukar, nya kemungkinan kuman pada tangan akan meresap.
  • Menyimpan tuala wanita dalam bilik air. Di negara kita kebanyakan bilik mandi gelap dan basah. Keadaan itu boleh membiakkan kuman pada tuala yang belum digunakan.
  • Tidak memberi perhatian pada tarikh luput. Sebenarnya keperluan dari segi kebersihan tuala wanita tidak harus diabaikan dan perlu diketahui semakin hampir tarikh luput semakin berkurangan mutunya.
  • Membelinya pada peringkat promosi. Biasanya jualan begitu membabitkan barangan bermutu rendah ataupun barangan lama yang mungkin telah menurun tahap kualitinya.
  • Menggunakan produk di peringkat percubaan. Sememangnya dari masa ke semasa ada saja produk baru dikeluarkan menggunakan pelbagai konsep yang cukup menarik perhatian. Bahan yang digunakna tidak berkualiti dan ini boleh menyebabkan pelbagai masalah kepada pengguna.
  • Menggunakan tuala wanita mengandungi bahan perubatan dan pelbagai perisa. Kebanyakan doktor menasihatkan agar tidak menggunakan tuala yang berperisa kerana ia boleh menjejaskan kulit.
  • Menggunakannya dalam tempoh lama. Untuk wanita Asia, bilangan tuala yang digunakan lebih sedikit berbanding individu wanita Eropah dan Amerika. Menjimatkan wang dalam hal ini bukanlah suatu tindakan bijak. Sebaiknya gunakan tuala wanita hanya dalam tempoh dua jam. Selepas itu ditukar pada yang baru.
  • Tuala yang mempunyai ketebalan luar biasa dengan harapan ia tak perlu ditukar selalu merupakan tindakan silap. Keadaan ini bahaya kerana ia boleh membiakkan kuman..

Fikir-fikirkan lah.....

Tanya pada diri, percaya pada hati... 

Wednesday, April 25, 2012

KISAH ORANG YANG SOMBONG

Di suatu masa dahulu, terdapat seorang alim ulamak yang tersohor kerana ilmu dan amalannya. Beliau adalah seorang penghafal Al-Quran dan juga penghafal beribu - ribu hadith sahih semenjak kecil lagi. Dan semenjak kecil lagi,beliau telah di hantar oleh kedua ibu dan bapanya untuk menuntut di Mekkah dan Madinah selama berpuluh tahun lamanya. Bapanya juga adalah seorang alim ulamak yang pernah mengembangkan agama Islam sampai ke negara selatan Siam.

Mengikut ceritanya, bapanya adalah orang pertama di zaman moden ini yang bukan daripada warga Arab Saudi diberi penghargaan mengimamkan solat fardhu di Masjidil Haram, Mekkah. Nak dijadikan cerita, pada suatu masa, alim ulamak tersebut telah jatuh sakit lalu tidak dapat untuk mengimamkan solat fardhu di suraunya.

Maka tiba - tiba datanglah seorang yang berpakaian buruk (seolah - olah kelihatan tidak siuman) sejurus sebelum solat fardhu di laksanakan. Alim ulamak tersebut telah meminta supaya orang yang berpakaian buruk tersebut untuk menggantikannya menjadi imam! Setelah solat fardhu selesai, maka orang yang berpakaian buruk tersebut telah memohon untuk mengundur diri.

Kelihatan senyuman terukir pada wajah murid – murid alim ulamak tersebut kerana semasa sembahyang fardhu tadi, orang yang berpakaian koyak tersebut tidak membaca surah fatihah dan surah yang lain dengan tajwid yang betul.

Mereka tidak biasa dengan keadaan sebegitu kerana guru mereka, yaitu alim ulamak tersebut, adalah seorang yang fasih dalam berbahasa arab serta mempunyai bacaan tajwid yang sungguh baik sekali (maklumlah seorang al-hafiz dan sudah berpuluh tahun belajar di Mekkah).

Maka alim ulamak tersebut telah bersalaman dan berpelukan dengan orang yang berpakaian buruk tersebut sebelum orang yang berpakaian buruk meninggalkan surau. Setelah itu, alim ulamak memanggil keseluruh muridnya berkumpul di hadapannya lalu beliau telah bercerita :

Pernah berlaku di suatu kampung di timur tengah dimana terdapat seorang pengembala kibas yang sangat alim, sangat suka merendahkan diri dan suka menolong penduduk kampung sekiranya di minta pertolongan. Cuma yang peliknya, ternakan kibasnya yang di kurung di dalam sebuah kandang yang serdehana besar itu tidak pernah luak walau banyak mana sekalipun orang datang untuk membeli kibas daripadanya. . Belilah sampai seratus ekor sekalipun, setelah kibas-kibas tersebut di bawa keluar daripada kandang, yang tinggal di dalam kandang tetap kelihatan sama banyak bilangannya seperti sebelum seratus ekor di bawa keluar daripada kandang!

Maka seluruh alim ulamak penduduk kampung telah beranggapan bahawa pengembala kibas tersebut adalah seorang aulia' Allah dan mereka telah bermuafakat untuk pergi berjumpa dengan pengembala kibas tersebut dan memohon supaya dia mengimamkan solat dimasjid kerana mereka mahu mengambil berkat menjadi makmum kepada pengembala kibas tersebut.

Hasrat mereka telah di persetujui oleh pengembala kibas. Sembahyang pun di laksanakan di masjid, dan pengembala kibas telah menjadi imam. Malangnya, semasa membaca surah fatihah dan surah berikutnya, bacaan beliau tidak sempurna tajwidnya. Maka setelah selesai sembahyang, seluruh penduduk kampung telah pulang kerumah masing - masing sambil ketawa terbahak - bahak kerana mereka berfikiran bahawa tanggapan mereka terhadap pengembala kibas sebelum ini sebagai aulia' Allah telah jauh meleset.

Pada malam tersebut, seluruh alim ulamak penduduk kampung telah bermimpi, dan mereka mendapat mimpi yang sama. Datang seorang lelaki yang tinggi dan kacak di dalam mimpi mereka dan lelaki tersebut telah mengatakan bahawa seumur hidup mereka bersembahyang, itulah baru kali pertamanya sembahyang mereka telah diterima Tuhan! Subhanallah!

Keesokan harinya, kesemua alim ulamak penduduk kampung berkumpul dimasjid untuk menunaikan sembahyang subuh dan setelah selesai sembahyang subuh mereka terus menuju ke kandang pengembala kibas. Malangnya, pengembala kibas telah tiada, kandang dan kibasnyapun telah tiada. Bekas kandangpun tiada, seolah – olah kandang kibas tidak pernah wujud!

Setelah selesai menceritakan kisah pengembala kibas, maka kebanyakan anak muridnya telah menangis kerana mereka tahu mereka telah membuat kesalahan kerana telah mendahalui Allah dengan merendahkan amalan makhluk Allah yang lain, sedangkan mereka sendiri tidak tahu akan kedudukan mereka di sisi Allah.

Allah Ta'ala telah berfirman yang bermaksud :

"Janganlah engkau semua melagak - lagakkan dirimu sebagai orang suci. Allah adalah lebih mengetahui kepada siapa yang sebenarnya bertaqwa."(SurahAn-Najm : 32)

"Janganlah engkau memalingkan muka dari para manusia sebab kesombongan dan janganlah berjalan di bumi dengan takabbur, sesungguhnya Allah itu tidak suka kepada setiap orang yang sombong dan membanggakan diri." (Surah Luqman 18)

Renung2kan....

Tanya pada diri, percaya pada hati...=)

 

GOLONGAN JIN IRI HATI DENGAN RATU BALQIS

Ratu Balqis adalah seorang wanita yang sangat cantik dan mempunyai akal yang cerdas, oleh sebab itulah golongan jin merasa iri hati dengannya. Mereka mengatakan bahawa Ratu Balqis itu mempunyai dua aib, pertama tubuhnya pendek dan kedua betisnya seperti betis unta. Maka Nabi Sulaiman memerintahkan supaya para Jin mengubah sedikit singgahsana Ratu Balqis, lalu beliau menyuruh pula membangun sebuah mahligai yang dibuat dari kaca. Bahagian bawah mahligai tersebut dan kelilingnya mengalir sungai-sungai dengan berisikan ikan-ikan, di atas air itu dibuat sebuah jambatan daripada kaca. 

Ketika Ratu Balqis dan rombongan tiba, Nabi Sulaiman bertanya kepadanya: “Apakah ini singgahsanamu? Ratu Balqis menjawab: Mungkin! Ia tidak mengatakan ya, kerana dilihatnya ada sedikit perubahan. Tetapi tidak mengatakan bukan, disebabkan ada sebahagian yang serupa dengan singgah-sananya. Dari jawapan Ratu Balqis itu, tahulah Nabi Sulaiman as bahawa ia adalah seorang wanita yang berakal sempurna serta bijaksana.

Kemudian Nabi Sulaiman as menyuruh tamunya itu masuk ke dalam istana. Ketika Ratu Balqis melihat ke dalam istana, ia melihat seakan-akan ada aliran air, sehingga ia mengangkat kainnya, sehingga betisnya tersingkap. Nabi Sulaiman as melihat betisnya itu, maka tidak ada satu aibpun seperti yang disampaikan oleh golongan jin.

Nabi Sulaiman berkata kepada Ratu Balqis: “Ini adalah sebuah mahligai yang licin, ia dibentuk daripada kaca.” ketika Ratu Balqis menyaksikan betapa hebatnya Nabi Sulaiman, ia berkata dalam hatinya: “Walaupun kerajaanku luas, singgahsanaku indah dan megah, bala tenteraku ramai, namun jika dibandingkan dengan semua yang aku saksikan ini, seakan-akan milikku tidak bererti.

Kemudian ia berkata seperti yang diungkapkan di dalam Quran, firman Allah SWT surah An Naml ayat 44 bermaksud: “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku dan aku berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah Tuhan semesta alam.” Setelah itu Ratu Balqis pun berkahwin dengan Nabi Sulaiman as. Peristiwa pernikahan Nabi Sulaiman dengan Ratu Balqis ini terjadi pada hari Jumaat.

Begitu besarnya kerajaan Nabi Sulaiman as. yang mana angin sebagai kenderaannya, manusia dan jin sebagai tenteranya, burung sebagai pembantu dan teman-teman bercakapnya, binatang-binatang buas sebagai buruhnya dan para malaikat sebagai utusannya.

Nabi Sulaiman as mempunyai satu padang, sebahagian tanahnya terbuat daripada emas dan sebahagian lagi daripada perak. Jika tenteranya berbaris di padang itu, maka panjang barisan itu tidak kurang dari seratus parsakh. Sedangkan luas tempat tinggalnya adalah sebulan perjalanan.

Kemudian golongan jin membuat untuknya sebuah permaidani daripada emas dan perak. Pada permaidani tersebut terdapat dua belas ribu mihrab, pada setiap mihrab terdapat kursi daripada emas dan perak, kemudian duduk di atas tiap-tiap kursi tersebut seorang yang alim dari ulamak Bani Israil.

Pada setiap hari dimasak kira-kira seribu unta, empat ribu lembu dan empat puluh ribu kambing. Nabi Sulaiman juga mempunyai piring-piring yang besar bagaikan kolam dan periuk yang tetap berada di atas tungku.

Firman Allah SWT:

“Para jin membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang dikehendaknya dari bangunan yang tinggi dan patung-patung dan piring-piring yang besarnya seperti kolam dan periuk yang tetap berada di atas tungku.” (Saba’: 13) Begitu besarnya nikmat dan kelebihan Nabi Sulaiman as. Namun begitu kelebihan dan kenikmatan umat Nabi Muhammad SAW yang beriman, di dalam Syurga nanti disediakan tempat-tempat tinggal dan darjat, kebun-kebun, sungai-sungai dan buah-buahan. Di dalamnya diperolehi segala sesuatu yang menyenangkan jiwa dan mata. Di dalamnya juga terdapat sesuatu yang tidak pernah terlintas oleh fikiran manusia.

Dikisahkan bahawa serendah-rendah darjat tempat umat Nabi Muhammad SAW di dalam Syurga itu ialah seratus kali luas kerajaan Sulaiman as. Malah lebih baik, kerana Syurga adalah tempat yang abadi. Di dalamnya tidak ada matahari, kesejukan, kesakitan, kesusahan serta lain-lain penderitaan. Di Syurga adalah tempat yang abadi, kesenangan tanpa batas, pemberian tanpa dihitung, penerimaan tanpa ditolak.

Ada Syurga yang dinamakan dengan Darussalam, di dalamnya mempunyai keselamatan tanpa adanya kebinasaan, kenikmatan tanpa malapetaka, kecintaan tanpa permusuhan, kemuliaan tanpa kehinaan serta bermacam-macam lagi kenikmatan yang sukar untuk diungkapkan.

Kemudian Syurga Jannatunna’im. Sesungguhnya bagi orang-orang yang bertakwa disediakan di sisi Tuhan mereka Syurga kenikmatan. Di dalamnya para hamba-hamba- Nya bertempat tinggal, para nabi menjadi sahabatnya, tinggal kekal dalamnya dengan kurnia yang berlimpah ruah. Tidak ada kesusahan di dalamnya, terdapat bidadari cantik dan jelita, mahligainya tinggi dan tempat yang luas.

Syurga Firdaus, disediakan bagi orang-orang yang tidak menyekutukan Allah SWT dengan sesuatu, menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat, tidak membuat kemungkaran serta menjalankan segala yang diperintahkan Allah SWT. Allah SWT menjadikan penghuni Syurga ini sebagai kekasihNya.

Di dalam Syurga Firdaus terdapat empat sungai, iaitu sungai dari air tawar, sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai dari air arak yang lazat rasanya dan sungai air madu. Di dalamnya juga diperolehi berbagai macam buah-buahan. Ada lagi empat mata air iaitu: Salsabil, Zanjabil, Rohiiq dan Tasniim. Ada lagi dua mata air yang mengalir dan dua mata air yang memancar, iaitu Al-kaafuur dan Al-kautsar. Di dalamnya juga diperolehi segala sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas dalam hati.

Firman Allah SWT:

“Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa itu di dalam taman-taman dan sungai-sungai, di tempat yang disenangi di sisi Tuhan Yang Berkuasa.”
(Al-Qamar: 54-55)


Renung2kan...

Tanya pada diri, percaya pada hati....=)


KISAH DUA MALAIKAT

Rasulullah s.a.w. ada bersabda, katanya, "Setiap anak Adam akan dijaga oleh dua malaikat. Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari yang sebelah kiri.

Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah kanan katanya, "Apakah yang harus aku catit?" Kata malaikat di sebelah kanan, "Jangan kamu catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan.

Malaikat yang di kiri bertanya lagi, "Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan, apa yang harus aku catitkan?" Jawab malaikat kanan, "Biarkannya, sehingga ia membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah s.w..t bahawa satu kebaikan akan mendapat 10 pahala. Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih simpankan untuknya 5 pahala lagi."

Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata, "Kalau macam ini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam." Demikianlah rahmat Allah pada hambanya, kasih sayangNya melimpah ruah tiada terbatas hanya hambanya saja yang lalai dan leka dengan keseronokkan serta kemewahan dunia.



Renung2kan....

Tanya pada diri, percaya pada hati...


 

Baik Gado Baik Gado Baik Gado

Bosannye...kejap2 baik kejap2 gado.. agak2 org lain mcm ni x???? Bila sy cakap dia da byak berubah, dia cakap sy yg berubah..last2 sy sendiri yg makan hati..bende kecil pun boleh jadi besar. x paham la!!!

Bulan 4 ni mcm2 dugaan yg dia terima.. sy tau semua tu kenapa susah sgt sy nk paham!!! maafkan sy..sy paham perasaan dibuang family nih...tp sendiri x tau nape sy slalu nak cari gado ngen awak...hummm

maafkan saya...moga kita bahagia selamenye...=)