Sesungguhnya sudah dinyatakan bahawa minda manusia adalah yang terbaik berbanding makhluk lain dan ia juga dibuktikan dalam surat At-Tin ayat 4 dimana Allah SWT menggambarkan betapa istimewanya kejadian manusia. Tidak ada kejadian lebih baik dari kejadian manusia, lebih cantik ciptaannya berbanding dengan malaikat, lebih cantik dibandingkan dengan apa yang berada di syurga, lebih cantik dari Kursi Allah dan lebih cantik dari apa yang Allah SWT pernah ciptakan...itulah kejadian manusia.
Dalam menguasai teknik ini, keyakinan adalah asas yang sangat penting, kemudian diikuti dengan usaha dan tawakal. Kita perlu percaya pada diri bahawa kita mampu melakukannya kerana tanpa kepercayaan ini, segala usaha akan menjadi sia-sia serta kita gagal menguasai kuasa minda kita sendiri. Minda manusia mempunyai GETARAN yang mampu mengarahkan sistem alam ini bagi merealisasikan apa yang manusia inginkan. Ia juga mampu menggerakkan diri seseorang itu bagi mencapai apa yang diinginkan sehingga berjaya dan penuh usaha.
Caranya, kita stimulasikan sesuatu dengan menggunakan kuasa minda samada secara sedar atau tidak sedar. "Aku yakin aku akan kaya", "aku yakin aku boleh pakai kereta mewah", "aku yakin aku akan beli rumah mewah dengan wang aku sendiri" dan sebagainya. Secara automatik, badan dan fikiran kita akan terarah untuk kita menjalankan satu usaha agar matlamat yang kita impikan itu tercapai. Betapa jelas besarnya kuasa minda itu.
Adakah anda sudah jelas dengan kuasa minda ini? Praktikkan lah...sesungguhnya rezeki Allah SWT diatas muka bumi ini adalah sangat besar dan Dia adalah pemberi rezeki daripada sumber yang tidak disangka-sangka . Dengan keyakinan diri dan usaha untuk mencapai matlamat, kejayaan akan datang mendekati kita dengan senangnya. Lambat atau cepat untuk mencapai sesuatu bukan persoalannya. Apa yang penting adalah POSITIVE THINKING yang banyak mempengaruhi hidup kita. Kerana apa yang kita ada sekarang adalah 'nothing' untuk dibangga-banggakan.
Renung-renungkanlah...
Yakin pada hati, Percaya pada diri...=)